Kopi Rerama

 

Kopi Rerama

rm24.00 (SM) / rm27.00 (S/S)

Image result for daun rerama

Akhir-akhir ini banyak yang diperkatakan tentang pelbagai khasiat daun rerama atau nama saintifiknya, ‘Mariposa Christia Vespertilionis’.

Di setengah-setengah tempat ia juga dikenali sebagai ‘Butterfly Wing’. Ia berasal dari Asia Tenggara (Kampuchea, Thailand, Vietnam, China, Indonesia, Myanmar dan Malaysia), mudah tumbuh di kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh. Ia terdapat dalam pelbagai warna, tetapi biasanya hanya warna hijau yang digunakan untuk tujuan perubatan.

Kajian awal oleh para penyelidik dari Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap daun rerama, mendapati ia menunjukkan ciri-ciri anti barah dan anti keradangan. (Harian Metro, 5/2/2015)

Manakala ujian makmal yang dijalankan oleh Institut Bioteknologi Melaka pada 2010 menunjukkan daun rerama mengandungi 13 sebatian kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan. (Harian Metro, 5/2/2015)

Daun rerama mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan dikatakan bukan sahaja berkesan membantu merawat pelbagai jenis penyakit kanser tetapi juga berupaya membantu merawat pelbagai penyakit-penyakit lain seperti SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah-masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung, gout dan demam campak. Selain itu, ia juga membantu menguatkan antibodi badan.