Minuman Koko (Dengan 8 Makanan Sunnah)

 

Minuman Koko (Dengan 8 Makanan Sunnah)

rm24.00 (SM) / rm27.00 (S/S)

Minuman Koko Tok Guru Pondok adalah baik untuk kesihatan kerana selain koko, ia juga mengandungi 8 makanan sunnah.

Kandungan lemak dalam koko menjadikannya sejenis minuman yang dapat menyumbang lebih tenaga berbanding minuman kopi atau teh.

Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung. Satu kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol di dalam koko berupaya mengurangkan tekanan.

Koko juga melambatkan proses penuaan kerana antioksida berupaya melambatkan proses penuaan. Kajian menunjukkan jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini membuktikan wujudnya poliphenol sebagai antioksida dalam coklat.