Kismis Minda

 

Kismis Minda

rm15.50 (SM) / rm18.50 (S/S)

Kismis adalah buah anggur yang telah dikeringkan. Ia mempunyai banyak khasiat seperti buah kurma. Walaupun kering, kismis dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida. Jadi, ia turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Kismis mengandungi pelbagai garam mineral seperti magnesium (baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga), kalsium dan fosforus (membina tulang dan gigi yang baik), zat besi (membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak), dan kalium (menstabilkan kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal sambil mengekalkan tekanan darah).

Kismis juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C (pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan), vitamin B6 (mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga), vitamin K (pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang), folat (membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh), dan riboflavin (membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan).

Antara khasiat-khasiat utama kismis ialah keupayaannya meningkatkan daya pemikiran otak kerana ia memiliki gula ringkas yang dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Oleh itu, ia menambah kecerdasan dan kepintaran minda serta menguatkan daya ingatan.

Ia juga bersifat antioksida kerana mengandungi fenol. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit supaya cantik dan anjal. Asid oleanolik dalam kismis pula berupaya menyihatkan dan menguatkan gigi kerana asid ini sangat berkesan dalam membunuh bakteria.

Selain itu, kismis juga mengurangkan sembelit kerana serat yang tinggi dalam kismis membantu sistem pencernaan. Ia membantu mengeluarkan bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan usus serta melawaskan pembuangan air.

Kandungan potasium dan sodium dalam kismis juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, manakala fiber dan asid tartaric pula dapat membantu menguatkan tulang.